Amalan manusia akan membantu manusia untuk memasuki syurga. Kalau tak cukup amalan tak adalah can untuk masuk ke syurga Allah kecuali jika semua hutang manusia terhadap Allah telah terhapus. Hutang tersebut boleh dihapuskan apabila manusia memasuki neraka.
Amalan yang wajib tatkala di dunia ini perlu kita buat dan akan diberi pahala oleh Allah. Pahala pula ditambah jika kita membuat amalan sunat. Amalan wajib termasuk solat, puasa, haji (bagi yang mampu), zakat (yang ini banyak yang lupa atau tak kesah sangat) dan sebagainya yang dijadikan wajib (termasuk nazar).
Kalau kedua perkara ini dituruti (buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang) maka Syurgalah tempat pelakunya di akhirat nanti. Kalau keduanya dilawan (tinggal yang disuruh dan buat yang dilarang) jawabnya Nerakalah tempat tinggalnya di akhirat nanti.
Kalau yang disuruh Allah dibuat dan yang dilarang juga dibuat, Neraka jugalah tempat tinggalnya sehingga Allah membuat keputusan selanjutnya.
Bersyukurlah kita umat Islam kerana kita diberi rahmat Islam. Untuk itu perlulah kita tingkatkan amalan kita. Disamping itu perlulah juga kita membantu manusia lainnya untuk turut membuat apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Allah juga akan memberi pahala kepada orang yang membantu orang lain berbuat demikian. Ada dividenya, InshaAllah.
Lebih mudah untuk kita beramal jika kumpulan yang berbuat demikian bertambah setiap masa. Kalau kumpulan yang beramal tidak bertambah akan dikuatiri kita akan dipengaruhi oleh orang yang tidak beramal pula. Mana tau? Perkara ini banyak berlaku.
Cara/Prinsip yang mudah bagi kita ialah dengan membuat apa yang Allah dan Nabi Muhammad SAW suka dan meninggalkan apa yang Allah dan Nabi Muhammad SAW tak suka. Semuanya ini ada dalam Al Quran dan sunnah dan Hadis Nabi SAW.
Maka tambahlah ilmu kita untuk mengetahahui semuanya.
Syurga adalah untuk orang yang berilmu.