Wednesday, September 24, 2008

NIKMAT ISLAM


Intisari Taskirah Tarawikh Al Ubudian 0809252130

Umat Islam sangat bertuah kerana adanya nikmat Islam.
Adanya Allah, adanya Nabi Muhammad (sekarang pewarisnya) dan adanya Al Quran.

Inilah yang membawa nikmat kepada umat Islam di dunia dan di akhirat.

Allah telah "membekalkan" nabi dan Al Quran kepada umat Islam. Yang berperanan "membekalkan" sistem kehidupan dunia akhirat yang lengkap dan teratur.

Al Quran membentangkan segalanya untuk hidup kita dunia akhirat. Hadis Nabi pula menjelaksanya.

Semua sistem dan peraturan kehidupan dunia akhirat terdapat dalam Al Quran. Ini termasuk sistem penjagaan anak, faraid, pensyarikatan, pembankan, hutang piutang, jual beli, pajak gadai, kekeluargaan, politik dan banyak lagi.

Semuanya dah lengkap tapi banyak yang sudah lama tidak di ikuti oleh masyarakat Islam dan digantikan dengan sistem bukan Islam.

Kesedaran yang sedikit telah muncul sekarang dan umat Islam mula bangkit mengkaji dan menyelidik sistem yang dipelupuri Islam berabad dahulu.

Diharap ramai umat Islam akan terus menyelidik dan mempraktikkan amalan atau sistem peraturan Islam ini di masa akan datang.

Kita tak terkejut jika sistem pembankan Islam telah pun diterima pakai di negara bukan Islam barat lama dahulu kerana mereka tahu sistem tersebut adalah baik dan sangat sesuai untuk manusia.

Islam telah membekalkan sistem kehidupan yang lengkap dan benar. Tak perlu kita mengikuti sistem selain dara sistem Islam yang lengkap ini.

Yang silapnya ialah unat Islam tidak mengkaji Islam itu sendiri (kecuali kebelakangan ini) dan dengan itu telah mengagungkan sistem-sistem bukan Islam yang lainnya.

Nabi Muhammad SAW dan Al Quran telah mengemukakan sistem dan peraturan kedidupan manusia. Ikutlah sistem tersebut untuk selamat dunia akhirat.

Tapi janganlah kita memilih untuk mengikut satu bahagian (sistem Islam) dan menolak sebahagian (sistem Islam) yang lain. Contohnya menolak 178 dan menerima 183 (di bawah ini)











Kita percaya dan akur dengan 183 tapi "menolak" 178 pada hal kedua-duanya perintah Allah.

Banyak lagi contoh sistem dan peraturan hidup yang kita tak ikut.

Penghalangnya adalah umat Islam sendiri kerani kejahilan dan kecetekan ilmu.

Tetapi janganlah kita berputus asa. Mungkin jika kita tak dapat mengamal keseluruhan sistem Islam ini, tetapi kita perlulah berusahalah supaya anak cucu kita dapat berbuat demikian berkat doa dan galakkan yang kita usahakan sekarang ini. Pada siapakah lagi yang kita boleh harapkan? Tapi usaha tetap berusaha ke arah tersebut.


Ingatlah tidor adalah mati dan mati adalah tidor.

Tidor adalah mati yang pendek dan mati adalah tidor yang panjang. Kedua-duanya kita akan terjaga tetapi ke alam yang berlainan . . . . . .

Peraturan dan sistem kehidupan lengkap dari bangun tidor sehinggalah tidor semula. Dari menjadi bayi ke liang lahat.





No comments: