Saturday, December 11, 2010

009 SURAH AT TAUBAH ayat 25 - 27





Surah 009 At Taubah ayat 25 hingga 27



Allah telah menolong golongan Islam dalam banyak peperangan mereka dengan pehak kafir yang menentang Islam.

Dalam perang Badar, ketika Islam mula bertapak di Madinah 1,000 tentera kafir telah berperang dengan 313 tentera Islam tetapi tentera Islam menang dengan bantuan 5,000 malaikat bantuan Allah. Ramai tentera kafir Mekah terkorban dan juga ditawan.

Dalam perang Uhud tentera Islam akhirnya menang apabila orang kafir pulang ke Mekah sebelum berakhirnya peperangan tersebut. Dalam perang Uhud ramai juga tentera Islam yang gugur syahid disebabkan kesilapan sebahagian tentera Islam tamak untuk mengambil harta rampasan sambil meninggalkan posisi mereka di atas bukit, hasilnya tentera kafir menduduki bukit tersebut dan menyerang dengan mudahnya. Tetapi dengan pertolongan Allah tentera kafir beredar balik ke Mekah tanpa kemenangan.

Dalam perang Ahzab atau perang Khandak tentera Islam telah dikepong selama sebulan menderita dalam cuaca panas. Tetapi akhirnya Allah menghantar ribut pasir yang kencang mengakibatkan musuh terpaksa pulang balik ke Mekah hampa, tanpa kemenangan. Pehak Yahudi yang berpaling tadah telah dibunuh (atas cadangan Yahudi yang berugama Islam pengikut Nabi Muhammad), kecuali kaum perempuan dan kanak2 yang ditawan.

Dalam perang Hunaian, pehak tentera Islam juga telah dibantu Allah ketika mereka diserang hendap di antara dua bukit. Allah telah memasukkan ketenangan dan semangat juang pada tentera Islam yang tidak lari ketika diserang hendap dan akhirnya tentera Islam berjaya menentang musuh yang menyerang.

----------------------------------------------

Pada tahun ke enam, Nabi Muhammad s.a.w. dan rombongannya tidak dapat mengerjakan umrah dan terpaksa pulang ke Madinah. Dalam perjanjian dengan pehak Mekah ketika itu mereka tidak dibenarkan masuk ke Mekah mengerjakan umrah tetapi di izinkan berbuat demikian pada tahun hadapannya, tanpa membawa senjata.

Perjanjian jencatan senjata selama 10 tahun telah dipersetujui di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan pehak kafir Mekah, tetapi perjanjian tersebut telah dilanggar oleh pehak kafir apabila mereka menyerang kaum yang bersekutu dengan pehak gulungan Islam.

Nabi Muhammad s.a.w dengan ramai sahabatnya telah pergi ke Mekah tanpa senjata dan menduduki Mekah tanpa tentangan masyarakat Mekah. Mekah dibuka semula oleh Nabi Muhammad s.a.w dan berakhirlah pengaruh puak Musyrik Mekah di kota tersebut. Abu Sufian dan Hendon (yang meratah hati-jantung Saidina Hamzah ketika perang Uhud) serta ramai pembesar Mekah dan rakyatnya masuk Islam. Semua berhala (dikatakan 360 buah) yang digantungkan di Kaabah telah di musnahkan dan Mekah menjadi hak milik Islam.

---------------------------------------------------------------------------------

Bilangan yang ramai tak mestinya kuat, saperti mana berlaku dalam perang Hunaian. Ketika itu mereka merasa bongkak kerana dah ramai boleh bermegah mahu menentang puak kafir. Tetapi dengan semangat yang belum kuat kukuh dan persatuan yang tak begitu mantap mereka menjadi kecut dan cuba melarikan diri takut kepada peperangan dan kematian apabila diserang hendap.

Bilangan yang sedikit tetapi bersemangat dan besatu berdaya mengalahkan yang ramai, saperti mana berlaku dalam perang Badar; di mana 313 tentera Islam melawan 1,000 kafir tetapi yang sedikit boleh menang dan berjaya.

Dalam perang Hunaian bilangan tentera Islam sangat ramai tetapi ramai mereka yang lari lintang pukang ketika diserang hendap, walau pun mereka bersatu semula kemudiannya.

--------------------------------------------

Sakinah ialah ketenangan. Apabila Allah memberi ketenangan manusia dapat berfikir dan bersabar menghadapi segala masaalah dan menyelesaikannya dengan tenang. Inilah yang dapat dirasai oleh tentera Islam semasa berada dalam kucar kacir perang Uhud dan Hunaian. Inilah bantuan Allah memberi ketengan kepada mereka.

Allah Maha Pengampun dan Mengasihani. Dia menerima taubat mereka yang bertaubat, mengkut kehendakNya. Lari dari peperangan adalah satu dosa besar tetapi Allah bersedia menerima taubat mereka yang terlibat, menurut kehendakNya.


12 Disember 2010 @ Madrasatul Huda

At Taubah 25-27