Ujian Allah adalah satu nekmat kepada yang memahaminya. Jika sabar akan mendapat pahala. Jika ingat Allah dan berdoa dapat lagi pahala. Zikir membolehka pahala juga.
Mengutuk Allah pula mendapat dosa. Mengeluh juga dapat dosa.
Semua nabi menerima ujian Allah. Contoh: Musa – Firun, Ayub – sakit, Yunus – kena buang ke laut dimakan ikan, Ibrahim – kena baker.Semua manusia diuji Allah. Yang kaya diuji dengan kekayaannya. Yang miskin diuji dengan kemiskinannya. Yang sakit diuji kesihatannya.
Kalau betul tindakan kita melayani ujian ini, kita akan mendapat pahala. Kalau salah langkah dapat dosa.
Hanya ilmu yang dapat membezakan samaada tindakan kita itu membolehkan pahala atau mendapat dosa.
Jadi tuntutlah ilmu di mana sekali pun. Orang yang berilmu mempunyai darjat tinggi di sisi Allah.
Masuk syurga tanpa hisab (08071902)
Mudah caranya nak masuk syurga tanpa hisab tapi susah nak buat.
Boleh masuk syurga tanpa hisab jika kita boleh buat tiga perkara berikut serentak:
1. sembahyang awal waktu
2. sembahyang berjemaah
3. berjamaah di masjid/surau
Semua di atas dibuat sepanjang hayat.
Bukan menyembah Allah (08071903)
Dulu orang jahiliah Mekah menyembah patung.
Sekarang orang bukan Islam menyembah patung sebagai tuhan mereka.
Orang Islam tak menyembah patung tapi ada yang menyembah lain dari Allah. Mereka menyembah manusia, duit, makanan, permainan, hiburan, TV dan sebagainya hingga lalai untuk menyembah Allah/sembahyang. Kadang-kadang tinggal terus sembahyang bila menonton siaran langsung. Bila ikut boss atau bermesyuarat atau membuat lawatan ramai yang terus tinggal sembahyang.
Sekarang orang Islam tak takut Allah. Mereka lebih takut kepada manusia, harta, dsbnya. Menurut saja arahan dan kehendak manusia walau pun ianya bertentangan dengan hukum.
Ini kerana mereka tak ingat Allah. Walhal Allah sentiasa ingat kepada mereka. Allah tak pernah lupa nak hentikan bekalan oksijen kepada manusia atau lupa menerbitkan matahari atau lupa untuk menghazamkan makanan atau lupa untuk mengalirkan darah. Allah sentiasa ingat untuk memberi nekmat kepada manusia.
Manusia semistinya bersyukur kepada Allah dan beribadah kepadanya.
080719
No comments:
Post a Comment