Tuesday, July 15, 2008

Teratai




Niat semasa memakai pakaian

Mengenakan pakaian perlu berniat supaya kita mendapat pahala memakainya. Bolehlah diniatkan dalam hati yang kita memakai pakaian ini adalah untuk menutup aurat kerana ini adalah arahan Allah.

Kalau tak berniat kerana menutup aurat atau lain-lain niat yang diterima Allah, maka tiadalah kita mendapat pahala memakai pakaian tersebut. Akaun untung taklah bertambah.

Ramai kita tak perasan yang niat kerana Allah boleh mendatang pahala walaupun apabila kita buat kerja saperti memakai pakaian seperti contoh di atas.. Dah berapa pahalakah yang kita tak dapat kerana kita tak niat kerana Allah.

Niatnya tak perlulah disebut dengan mulut. Memadai dengan niat dalam hati kerana Allah..

Pakaian yang mahal

Memakai pakaian yang mahal tidak dilarang oleh Islam tetapi dengan syarat bukan untuk bermegah atau untuk tontonan orang lain. Mamakai pakaian mahal kerana bersyukur dengan harta kurnian Allah dibenarkan.

No comments: