Air sangat penting dalam kehidupan manusia dan segala makluk Allah di dunia ini. 75% dunia dan 75% badan manusia mengandungi air.
Banyak saintis membuat kajian tentang air. Salah saorang ialah saintis di
Memang ada kesan positif berlaku kepada air tersebut. Perkara ini dicerita sendiri oleh Ustaz tersebut semasa memberi taskirah rengkas di Masjid Al Ubudiah, Ampang pada malam Jumaat 28 Ogos yang lalu.
Menurut saintis tersebut yang diceritakan oleh Ustaz tadi, air boleh dipengaruhi oleh alam kelilingnya. Suasana baik akan membuat molukiul air menjadi “baik”. Suasana keliling air yang tak baik membena suasana molukiul air yang “tak baik”.
Inilah juga yang terjadi pada air yang di jampi dan yang dibacakan doa dan ayat-ayat Al Quran. Ianya ada membawa kesan terhadap air dan orang yang menggunakan/meminum air tersebut.
Pengamal perubatan Islam juga menggunakan air dan ayat Al Quran untuk menyembuh berbagai penyakit.
Kita perlu terus mengkaji atau sekurang-kurangnya mengikuti kajian yang dibuat keatas air. Banyak lagi rahsia air yang kita belum ketahui.
Perlu diingat kajian di Tokyo di atas dibuat oleh saorang professor bukan Islam. Beliau percaya bahawa "bahan" yang ada pada orang Islam memang unik untuk dikajinya.
Ustaz tadi sempat membetulkan tanggapan salah professer tersebut yang menyatakan dalam Islam ada 99 tuhan. Sebenarnya tuhan hanya satu dan yang 99 itu adalah nama-nama tuhan yang satu itu.
Rujukan: URY/-
No comments:
Post a Comment