Wednesday, July 30, 2008

Segalanya berniat




Niat


Setiap kerja yang kita buat pasti ada niatnya atau ada tujuannya. Tiada siapa yang membuat sesuatu tanpa niat atau tujuan, keculilah kalau ia tidak waras.

Niat atau tujuan terbahagi kepada dua, yaitu niat atau tujuan yang baik dan niat atau tujuan yang jahat/tidak baik. Niat baik pula terbahagi kepada dua juga, yaitu yang mendatangkan pahala dan yang tidak mendatangkan pahala. Mudahkan cerita, mana-mana niat baik yang dibuat kerana Allah membawa pahala dan yang tidak kerana Allah tak dapat apa-apa pahala.

Setiap kerja yang kita buat mesti ada niat. Kalau betul caranya niatnya maka segala kerja kita buat pasti akan mendatangkan kepada kita pahala, inshaAllah. Bertambahlah kredit dalam akaun akhirat. Jadi buatlah kerja yang baik dan berniatlah kerana Allah, bukan kerana lain.

Ini dinamakan membuat kerja dengan IKLAS.


Niat hendaklah disengajakan. Kalau tak sengaja? Atau kalau lupa nak niat? Melepaslah pahala.

Memang mudah sangat untuk mendapat pahala. Tapi susah nak buat.

Jadi mulakan segala kerja dengan niat dan niatlah kerana Allah. Atau buat kerja kerana Allah suka atau yang Nabi suka.

Jangan lupa, bagi semua kerja yang dibuat sentiasa berniat kerana Allah. Rugi besar kalau lupa.

AMPS0807301131

No comments: