Monday, July 19, 2010

SURAH SUBUH 100720


Inilah surah yang dibaca oleh iman sewaktu Solat Subuh tadi:

Surah pertama ialah surah 91 As-Syms bermaksud matahari, yang menyatakan bahawa manusia boleh memilih sama ada hendak melalui jalan yang baik atau jalan yang buruk. Beruntunglah mereka jika mereka memilih melalui jalan yang baik dan rugilah mereka jika mereka memilih jalan yang jahat. Kaum Tsamud telah memilih untuk mendustakan Rasul utusan Allah dan dengan itu Allah binasakan mereka.

Surah kedua ialah Surah 92 Al Lail bermaksud Malam. Yang menyatakan bahawa manusia pada asalnya bersih dan bergantunglah kepadanya untuk terus menjadi bersih atau mengotorinya. Mereka yang berbuat baik, menurut perentah Allah dan menjauhi laranganNya akan dipermudahkan untuk ke nikmat Syurga. Yang bakhil dan merasa cukup dengan harta dan kemewahannya di dunia akan dimermudahkan ke azab Neraka. Allah hanya memberi hidayah dan menerangkan perbezaan di antara yang baik dan mana yang buruk. Dan Dialah yang Berkuasa di akhirat nanti.


Asy-Syams (Matahari:

91. Asy-Syams

(Klik sini untuk baca dan dengar)


Demi matahari dan bulan. Dan siang dan malam. Dan langit serta bumi terhampar untuk makhlukNya.

Demi diri manusia yang sempurna kejadiannya, mereka diilhamkanNya mengenal jalan kejahatan dan jalan kepada bertaqwa.

Berjayalah orang yang sedia bersih itu, bertambah bersih dengan iman dan amal kebajikan.

Hampalah orang yang sedia bersih itu, apabila hilang kebersihannya disebab kekotoran maksiatnya.

Kaum Thamud mendustakan Rasulnya dan derhaka. Orang terjahat di antara mereka diperintah membunuh unta betina mukjizat Nabinya. Nabinya (Solah) melarang mereka mengganggu unta tersebut dan membenarkan ianya berkongsi air minum mereka.

Namun mereka menyembelih unta tersebut dan diazab Allah sehingga punah ranah.

Dan Allah tidak pula hiraukan kesudahan mereka kerana itu adalah balasan yang adil.


c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c c


Al Lail (Malam):



92. Al-Lail

(Klik untuk baca dan dengar)


Demi malam bila ianya gelap; demi siang bila ianya terang; dan demi Pencipta makhlukNya.

Amal usaha manusia itu adalah berbagai keadaannya: Adapun orang yang memberikan segalanya ke jalan kebaikan, bertaqwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Serta mengakui segala perkara yang baik, maka Kami akan memudahkannya untuk mencapat kesenangan Syurga.

Sebaliknya mereka yang bakhil dari berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta mendustakan perkara yang baik, maka akan mudahlah untuknya mendapat kesusahan dan kesengsaraan.

Apakah yang dapat bantu oleh harta mereka tatkala mereka terjerumus di dalam azab seksa hari akhirat?

Allah lah yang memberi hidayah petunjuk mengenai perkara yang benar dan yang salah. Dan Allah lah yang menguasai hari akhirat juga alam dunia. Allah juga telah memberi amaran kepada manusia tentang api neraka yang marak menjulang, yang tidak menderitakan melainkan bagi orang yang celaka yang mendustakan kebenaran dan yang berpaling ingkar.

Mereka yang bertaqwa, mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, akan dijauhkan dari azab neraka itu.

Mereka tetap akan berpuas hati di hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya.



No comments: