PETIKAN KITAB:
Walau pun dah ternampak ianya terkumpul dan ianya pasti adalah hak kita, akan tetapi kita akan melihat ianya lesap hilang di hadapan mata untuk diagihkan kepada orang lain memilikinya. Inilah yang akan terjadi jika kita tak berwaspada.
Semasa berhampiran dengan mizan nanti mungkin kita akan melihat bertimbunnya jumlah pahala yang kita telah kumpulkan semasa didunia dahulu dipamirkan untuk kita melihatnya. Tentulah kita akan merasa bahagia sangat.
Tetapi awas! Memang semua pahala yang kelihatan adala hak kita dan kitalah yang mengumpulnya semasa di dunia dahulu, tetapi sekarang ianya telah menjadi hak orang lain dan akan diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Di antara mereka yang berhak menerima pahala yang kita kumpulkan itu ialah: orang yang kita umpat, orang yang kita berhutang tetapi gagal dibayar balik oleh kita atau waris kita, orang yang kita sakiti hatinya, isteri dan anak yang kita tak mengajar mereka melakulan amalan baik dan beribadah kepada Allah, isteri dan anak kita yang memberi makan barangan yang haram kerana hasil dari apa yang kita berikan kepada mereka, dan lain-lain pehak yang berhak atas pahala yang kita kumpulkan itu.
Hasilnya: Susut atau habislah segala pahala yang kita telah kumpulkan.
Bukan itu sahaja. Jika pahala yang kita kumpulkan itu tak cukup untuk diagihkan maka terpaksalah kita kontrakan dosa mereka menjadikan ianya dosa kita pula. Maksudnya kita akan terpaksa mengambil dosa mereka untuk menjadi hak kepunyaan kita.
Dan muflislah kita. Dan pas masuk ke Syurga akan tertutup kerana tiada hak masuk lagi.
Adalah menjadi tanggung jawab ketua keluarga (suami/bapa) untuk mengajar dan mendidik isteri dan anaknya pelajaran ugama supaya mereka dapat beribadat kepada Allah dan menjauhikan diri mereka dari seksa neraka. Jika mereka tidak dididik dan layak ke neraka, mereka akan dan layak menuntut di akhirat nanti yang bapa atau suaminya tak memberi tahu mereka untuk beramal yang sepatutnya. Terpaksalah sang bapa atau suami memikul dosa mereka kerana menyebabkan mereka berbuat dosa kerana jahil tidak diajar.
Begitulah sumber makanan yang mereka makan perlulah dari sumber yang halal. Jika haram mereka akan memakan makanan yang haram. Ketua keluarga jugalah yang bertanggung jawab dan meikul dosa jika mereka memakan makanan yang haran yang dibawanya.
Inilah hasil dari kelas pengajian kami semalam ketika membaca kitab Siarrussalikin jilid 2.

No comments:
Post a Comment