Wednesday, July 21, 2010

69. HARI KIAMAT

Inilah surah yang dibaca oleh Iman subuh di Surau pagi tadi:

Surah Makiah yang mengandungi 52 ayat.

Ianya menjelaskan tentang sifat dan keadaan hari kiamat yang tidak dipercayai oleh kaum Thamud dan Aad dan kerana kedustaan mereka, akibatnya mereka dibinasakan dengan petir yang dahsyat. Juga kerana kekufuran mereka, kaum Aad juga dibinasakan, dengan angin ribut yang menyerang mereka selama tujuh malam tanpa meninggalkan sisanya.

Juga Firaun dan mereka yang terdahulu dibinasakan Allah kerana mereka menderhaka kepada Rasul yang diutuskanNya.

Namum Allah selamatkan di dalam bahtera Nabi Nuh bersama mereka yang taat kepadanya, menjadikan kamu keturunan kepada mereka. Allah lakukan demikian sebagai satu pelajaran.

Diceritakan juga dalam surah ini bahawa apabila ditiup Sangkakala, semuanya akan hancur dan berlakulah kiamat.

Pada hari itu, manusia semua akan berhadapan dengan Allah. Sesiapa yang diberikan Kitab amalnya melalui tangan kanannya, maka bersukarialah dia kerana akan dimasukkan ke dalam Syurga dengan segala kenikmatannya. Ini adalah akibat amal soleh yang telah mereka kerjakan selaku di dunia.

Adapun orang yang diberikan Kitab amalnya melalui tangan kirinya, maka kesallah dia kerana nerakalah tempat kediamannya. Kekuasannya, kerabatnya dan hartanya tak dapat menolongnya. Ini kerana mereka di dunia dahulu tidak beriman kepada Allah juga tidak menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan orang miskin.

Ketahuilah bahawa Al-Quran itu ialah wahyu dari Allah dan bukanlah ianya perkataan seorang penyair sebagaimana yang orang kafir dakwakan. Sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang diyakini. Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.





















69. Al-Haqqa

(Klik sini untuk baca dan dengar)

No comments: