Saturday, July 24, 2010
Wednesday, July 21, 2010
69. HARI KIAMAT
Surah Makiah yang mengandungi 52 ayat.
Ianya menjelaskan tentang sifat dan keadaan hari kiamat yang tidak dipercayai oleh kaum Thamud dan Aad dan kerana kedustaan mereka, akibatnya mereka dibinasakan dengan petir yang dahsyat. Juga kerana kekufuran mereka, kaum Aad juga dibinasakan, dengan angin ribut yang menyerang mereka selama tujuh malam tanpa meninggalkan sisanya.
Juga Firaun dan mereka yang terdahulu dibinasakan Allah kerana mereka menderhaka kepada Rasul yang diutuskanNya.
Namum Allah selamatkan di dalam bahtera Nabi Nuh bersama mereka yang taat kepadanya, menjadikan kamu keturunan kepada mereka. Allah lakukan demikian sebagai satu pelajaran.
Diceritakan juga dalam surah ini bahawa apabila ditiup Sangkakala, semuanya akan hancur dan berlakulah kiamat.
Pada hari itu, manusia semua akan berhadapan dengan Allah. Sesiapa yang diberikan Kitab amalnya melalui tangan kanannya, maka bersukarialah dia kerana akan dimasukkan ke dalam Syurga dengan segala kenikmatannya. Ini adalah akibat amal soleh yang telah mereka kerjakan selaku di dunia.
Adapun orang yang diberikan Kitab amalnya melalui tangan kirinya, maka kesallah dia kerana nerakalah tempat kediamannya. Kekuasannya, kerabatnya dan hartanya tak dapat menolongnya. Ini kerana mereka di dunia dahulu tidak beriman kepada Allah juga tidak menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan orang miskin.
Ketahuilah bahawa Al-Quran itu ialah wahyu dari Allah dan bukanlah ianya perkataan seorang penyair sebagaimana yang orang kafir dakwakan. Sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang diyakini. Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
69. Al-Haqqa
(Klik sini untuk baca dan dengar)
Tuesday, July 20, 2010
SIAPA YANG MUFLIS
PETIKAN KITAB:
Tetapi awas! Memang semua pahala yang kelihatan adala hak kita dan kitalah yang mengumpulnya semasa di dunia dahulu, tetapi sekarang ianya telah menjadi hak orang lain dan akan diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Di antara mereka yang berhak menerima pahala yang kita kumpulkan itu ialah: orang yang kita umpat, orang yang kita berhutang tetapi gagal dibayar balik oleh kita atau waris kita, orang yang kita sakiti hatinya, isteri dan anak yang kita tak mengajar mereka melakulan amalan baik dan beribadah kepada Allah, isteri dan anak kita yang memberi makan barangan yang haram kerana hasil dari apa yang kita berikan kepada mereka, dan lain-lain pehak yang berhak atas pahala yang kita kumpulkan itu.
Hasilnya: Susut atau habislah segala pahala yang kita telah kumpulkan.
Bukan itu sahaja. Jika pahala yang kita kumpulkan itu tak cukup untuk diagihkan maka terpaksalah kita kontrakan dosa mereka menjadikan ianya dosa kita pula. Maksudnya kita akan terpaksa mengambil dosa mereka untuk menjadi hak kepunyaan kita.
Dan muflislah kita. Dan pas masuk ke Syurga akan tertutup kerana tiada hak masuk lagi.
Adalah menjadi tanggung jawab ketua keluarga (suami/bapa) untuk mengajar dan mendidik isteri dan anaknya pelajaran ugama supaya mereka dapat beribadat kepada Allah dan menjauhikan diri mereka dari seksa neraka. Jika mereka tidak dididik dan layak ke neraka, mereka akan dan layak menuntut di akhirat nanti yang bapa atau suaminya tak memberi tahu mereka untuk beramal yang sepatutnya. Terpaksalah sang bapa atau suami memikul dosa mereka kerana menyebabkan mereka berbuat dosa kerana jahil tidak diajar.
Begitulah sumber makanan yang mereka makan perlulah dari sumber yang halal. Jika haram mereka akan memakan makanan yang haram. Ketua keluarga jugalah yang bertanggung jawab dan meikul dosa jika mereka memakan makanan yang haran yang dibawanya.
Inilah hasil dari kelas pengajian kami semalam ketika membaca kitab Siarrussalikin jilid 2.
Monday, July 19, 2010
SURAH SUBUH 100720
Inilah surah yang dibaca oleh iman sewaktu Solat Subuh tadi:
Surah kedua ialah Surah 92 Al Lail bermaksud Malam. Yang menyatakan bahawa manusia pada asalnya bersih dan bergantunglah kepadanya untuk terus menjadi bersih atau mengotorinya. Mereka yang berbuat baik, menurut perentah Allah dan menjauhi laranganNya akan dipermudahkan untuk ke nikmat Syurga. Yang bakhil dan merasa cukup dengan harta dan kemewahannya di dunia akan dimermudahkan ke azab Neraka. Allah hanya memberi hidayah dan menerangkan perbezaan di antara yang baik dan mana yang buruk. Dan Dialah yang Berkuasa di akhirat nanti.
Asy-Syams (Matahari:
91. Asy-Syams
(Klik sini untuk baca dan dengar)
Demi matahari dan bulan. Dan siang dan malam. Dan langit serta bumi terhampar untuk makhlukNya.
Demi diri manusia yang sempurna kejadiannya, mereka diilhamkanNya mengenal jalan kejahatan dan jalan kepada bertaqwa.
Berjayalah orang yang sedia bersih itu, bertambah bersih dengan iman dan amal kebajikan.
Hampalah orang yang sedia bersih itu, apabila hilang kebersihannya disebab kekotoran maksiatnya.
Kaum Thamud mendustakan Rasulnya dan derhaka. Orang terjahat di antara mereka diperintah membunuh unta betina mukjizat Nabinya. Nabinya (Solah) melarang mereka mengganggu unta tersebut dan membenarkan ianya berkongsi air minum mereka.
Namun mereka menyembelih unta tersebut dan diazab Allah sehingga punah ranah.
Dan Allah tidak pula hiraukan kesudahan mereka kerana itu adalah balasan yang adil.
Al Lail (Malam):
92. Al-Lail
(Klik untuk baca dan dengar)
Demi malam bila ianya gelap; demi siang bila ianya terang; dan demi Pencipta makhlukNya.
Amal usaha manusia itu adalah berbagai keadaannya: Adapun orang yang memberikan segalanya ke jalan kebaikan, bertaqwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Serta mengakui segala perkara yang baik, maka Kami akan memudahkannya untuk mencapat kesenangan Syurga.
Sebaliknya mereka yang bakhil dari berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta mendustakan perkara yang baik, maka akan mudahlah untuknya mendapat kesusahan dan kesengsaraan.
Apakah yang dapat bantu oleh harta mereka tatkala mereka terjerumus di dalam azab seksa hari akhirat?
Allah lah yang memberi hidayah petunjuk mengenai perkara yang benar dan yang salah. Dan Allah lah yang menguasai hari akhirat juga alam dunia. Allah juga telah memberi amaran kepada manusia tentang api neraka yang marak menjulang, yang tidak menderitakan melainkan bagi orang yang celaka yang mendustakan kebenaran dan yang berpaling ingkar.
Mereka yang bertaqwa, mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, akan dijauhkan dari azab neraka itu.
Mereka tetap akan berpuas hati di hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya.