Wednesday, July 30, 2008

Segalanya berniat




Niat


Setiap kerja yang kita buat pasti ada niatnya atau ada tujuannya. Tiada siapa yang membuat sesuatu tanpa niat atau tujuan, keculilah kalau ia tidak waras.

Niat atau tujuan terbahagi kepada dua, yaitu niat atau tujuan yang baik dan niat atau tujuan yang jahat/tidak baik. Niat baik pula terbahagi kepada dua juga, yaitu yang mendatangkan pahala dan yang tidak mendatangkan pahala. Mudahkan cerita, mana-mana niat baik yang dibuat kerana Allah membawa pahala dan yang tidak kerana Allah tak dapat apa-apa pahala.

Setiap kerja yang kita buat mesti ada niat. Kalau betul caranya niatnya maka segala kerja kita buat pasti akan mendatangkan kepada kita pahala, inshaAllah. Bertambahlah kredit dalam akaun akhirat. Jadi buatlah kerja yang baik dan berniatlah kerana Allah, bukan kerana lain.

Ini dinamakan membuat kerja dengan IKLAS.


Niat hendaklah disengajakan. Kalau tak sengaja? Atau kalau lupa nak niat? Melepaslah pahala.

Memang mudah sangat untuk mendapat pahala. Tapi susah nak buat.

Jadi mulakan segala kerja dengan niat dan niatlah kerana Allah. Atau buat kerja kerana Allah suka atau yang Nabi suka.

Jangan lupa, bagi semua kerja yang dibuat sentiasa berniat kerana Allah. Rugi besar kalau lupa.

AMPS0807301131

Friday, July 18, 2008

SINOPSIS

0807 SINOPIS

Ujian Allah (08071901)

Ujian Allah adalah satu nekmat kepada yang memahaminya. Jika sabar akan mendapat pahala. Jika ingat Allah dan berdoa dapat lagi pahala. Zikir membolehka pahala juga.

Mengutuk Allah pula mendapat dosa. Mengeluh juga dapat dosa.

Semua nabi menerima ujian Allah. Contoh: Musa – Firun, Ayub – sakit, Yunus – kena buang ke laut dimakan ikan, Ibrahim – kena baker.

Semua manusia diuji Allah. Yang kaya diuji dengan kekayaannya. Yang miskin diuji dengan kemiskinannya. Yang sakit diuji kesihatannya.

Kalau betul tindakan kita melayani ujian ini, kita akan mendapat pahala. Kalau salah langkah dapat dosa.




Hanya ilmu yang dapat membezakan samaada tindakan kita itu membolehkan pahala atau mendapat dosa.


Jadi tuntutlah ilmu di mana sekali pun. Orang yang berilmu mempunyai darjat tinggi di sisi Allah.



Masuk syurga tanpa hisab (08071902)

Mudah caranya nak masuk syurga tanpa hisab tapi susah nak buat.

Boleh masuk syurga tanpa hisab jika kita boleh buat tiga perkara berikut serentak:

1. sembahyang awal waktu

2. sembahyang berjemaah

3. berjamaah di masjid/surau

Semua di atas dibuat sepanjang hayat.


Bukan menyembah Allah (08071903)

Dulu orang jahiliah Mekah menyembah patung.

Sekarang orang bukan Islam menyembah patung sebagai tuhan mereka.

Orang Islam tak menyembah patung tapi ada yang menyembah lain dari Allah. Mereka menyembah manusia, duit, makanan, permainan, hiburan, TV dan sebagainya hingga lalai untuk menyembah Allah/sembahyang. Kadang-kadang tinggal terus sembahyang bila menonton siaran langsung. Bila ikut boss atau bermesyuarat atau membuat lawatan ramai yang terus tinggal sembahyang.

Sekarang orang Islam tak takut Allah. Mereka lebih takut kepada manusia, harta, dsbnya. Menurut saja arahan dan kehendak manusia walau pun ianya bertentangan dengan hukum.

Ini kerana mereka tak ingat Allah. Walhal Allah sentiasa ingat kepada mereka. Allah tak pernah lupa nak hentikan bekalan oksijen kepada manusia atau lupa menerbitkan matahari atau lupa untuk menghazamkan makanan atau lupa untuk mengalirkan darah. Allah sentiasa ingat untuk memberi nekmat kepada manusia.

Manusia semistinya bersyukur kepada Allah dan beribadah kepadanya.

080719



Thursday, July 17, 2008

DOA


Semua doa dimakbulkan Allah:

Allah tidak pernah menghampakan hambanya yang berdoa kepadanya. Doa hambanya akan dimakbulkan walau pun kadangkala kita tak perasan ianya berlaku.






Secara amnya Allah memakbulkan doa hambanya dengan 3 cara:

1. diberi secara tunai i.i. kita nampak hasil doa tersebut.

2. ditukar kepada kebaikan lain. Misalnya: kita berdoa supaya dapat lebihwang, tapi Allah tak beri wang tapi di berikannya kesihatan yang baik (untuk kita dan keluarga) supaya kita tak perlu berbelanja wang membeli ubat atau ke klinik.

3. diberi pada masa akan datang. Atau ditambahkan pahala kita untuk menjadi bekalan di akhirat nanti.

Jadi selepas berdoa yakinlah doa kita diterima dan dimakbulkan Allh. Bergantunglah kepada Allah cara mana Dia nak makbulkan doa kita.

Yang penting kita tak rugi apabila kita berdoa kepada Allah. Yang rugi kalau kita tak berdoa langsung atau kurang berdoa.

AMPS080718

Tuesday, July 15, 2008

TAFSIR AL QURAN

http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=25&nAya=67&t=mal

(Link ke Al Quran dan terjemahannya (Laman web kerajaan Saudi Arabia)


http://madrasatulhudateratai.blogspot.com/
link ke blog Madrasatul Huda

http://alhuda.co.nr/

Link ke laman web Madrasatul Huda



Di atas hanya cubaan sahaja. Maklumlah masih belajar/merangkak . . . .

Teratai




Niat semasa memakai pakaian

Mengenakan pakaian perlu berniat supaya kita mendapat pahala memakainya. Bolehlah diniatkan dalam hati yang kita memakai pakaian ini adalah untuk menutup aurat kerana ini adalah arahan Allah.

Kalau tak berniat kerana menutup aurat atau lain-lain niat yang diterima Allah, maka tiadalah kita mendapat pahala memakai pakaian tersebut. Akaun untung taklah bertambah.

Ramai kita tak perasan yang niat kerana Allah boleh mendatang pahala walaupun apabila kita buat kerja saperti memakai pakaian seperti contoh di atas.. Dah berapa pahalakah yang kita tak dapat kerana kita tak niat kerana Allah.

Niatnya tak perlulah disebut dengan mulut. Memadai dengan niat dalam hati kerana Allah..

Pakaian yang mahal

Memakai pakaian yang mahal tidak dilarang oleh Islam tetapi dengan syarat bukan untuk bermegah atau untuk tontonan orang lain. Mamakai pakaian mahal kerana bersyukur dengan harta kurnian Allah dibenarkan.

Monday, July 14, 2008

Hadis - Sembahyang

(Kitab rujuk:
Mastika Hadis)


Hadis 1:
Selepas solat Nabi Muhammad membaca surah Al Iklas , Surah Al Falaq & Surah An-nas `




Hadis 2:
Nabi Muhammad baca ayat Kursi selepas solat. (riwayat Abi Mumammah)





Hadis 3:
Sunat baca "Laila.... kadir" (lihat di bawah utk ayat sepenuhnya) 10x selepas sembahyang subuh dan mangrib.





Selepas sembahyang disunatkan wirid, lebih banyak lebih baik. Tetapi jika ada pengajian disarankan pendekkan masa wirid supaya pengajian boleh dimulakan cepat. Ada hadis yang menyatakan duduk belajar ilmu itu lebih baik dari sembahyang sunat. Juga faham satu masaalah ugama itu lebih baik dari sembahyang 70 rakaat.

Juga disunatkan baca Al Quran selepas sembahyang.

Selepas sembahyang perlu pula berdoa, khasnya doa Ma'thurat (doa yang dibaca ole Nabi)

. . . . bersambung . . . IA . .