Friday, August 29, 2008

PENGARUH AL QURAN TERHADAP AIR

Air sangat penting dalam kehidupan manusia dan segala makluk Allah di dunia ini. 75% dunia dan 75% badan manusia mengandungi air.

Banyak saintis membuat kajian tentang air. Salah saorang ialah saintis di Tokyo yang pernah mengundang seorang Ustaz dari Merdeka Villa, Ampang ke Tokyo untuk membaca nama-nama Allah dalam air bagi menguji kesannya terhadap air tersebut.

Memang ada kesan positif berlaku kepada air tersebut. Perkara ini dicerita sendiri oleh Ustaz tersebut semasa memberi taskirah rengkas di Masjid Al Ubudiah, Ampang pada malam Jumaat 28 Ogos yang lalu.

Menurut saintis tersebut yang diceritakan oleh Ustaz tadi, air boleh dipengaruhi oleh alam kelilingnya. Suasana baik akan membuat molukiul air menjadi “baik”. Suasana keliling air yang tak baik membena suasana molukiul air yang “tak baik”.

Inilah juga yang terjadi pada air yang di jampi dan yang dibacakan doa dan ayat-ayat Al Quran. Ianya ada membawa kesan terhadap air dan orang yang menggunakan/meminum air tersebut.

Pengamal perubatan Islam juga menggunakan air dan ayat Al Quran untuk menyembuh berbagai penyakit.

Kita perlu terus mengkaji atau sekurang-kurangnya mengikuti kajian yang dibuat keatas air. Banyak lagi rahsia air yang kita belum ketahui.

Perlu diingat kajian di Tokyo di atas dibuat oleh saorang professor bukan Islam. Beliau percaya bahawa "bahan" yang ada pada orang Islam memang unik untuk dikajinya.

Ustaz tadi sempat membetulkan tanggapan salah professer tersebut yang menyatakan dalam Islam ada 99 tuhan. Sebenarnya tuhan hanya satu dan yang 99 itu adalah nama-nama tuhan yang satu itu.


Rujukan: URY/-



Thursday, August 21, 2008

HADIS BA0808220830


Hadis - Lima sebelum Lima

Abu Barzah menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya,
sebelum kaki melangkah di hari kiamat nanti akan disoal tentang umur, ilmu, harta dan tubuh badan kita. . . . .

Akan ditanya apa digunakan dengan umur kita, untuk berbuat baik atau tidak. Rebutlah lima perkara sebelum berlaku lima perkara. Lima perkara itu ialah muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum fakir, lapang sebelum sebok dan hidup sebelum mati.

Akan ditanya tentang ilmu kita, sama ada berusaha untuk menuntut ilmu yang bermafaat dan dimanakah digunakan.

Dari mana dapat harta sama ada secara halal atau tidak dan di mana digunakan harta tersebut, untuk yang berfaedah atau tidak.

Tenaga dan pengaruh kita di arah mana digunakan. Dimanafaatkan atau tidak.

Bukit A 0808220639

Friday, August 15, 2008

Monday, August 11, 2008



TAFSIR AL QURAN 08100630


Tafsir ayat 144 Surah Annisa' menyarankan orang Islam memilih hanya orang Islam untuk memimpin mereka atau menjadi ketua mereka atau untuk menjadi kawan rapat mereka.
Inilah kerana pemimpin atau kawan Islamlah yang tahu apakah kehendak agama Islam. Orang bukan Islam biasanya tidak mendalami Islam dan ada yang tak tahu tuntutan dan kewajipan orang Islam. Jadi ada kemungkinan kebanyakan perancangan dan tindakan mereka tidak berlandaskan kepada kehendak dan tuntutan Islam. Ini mungkin dibuat tanpa disedari mereka kerana mereka mengikut lojik akal dan aliran menikiran manusia. Pemikiran manusia terbatas.
Orang Islam sejati akan bertindak semata-mata berlandaskan hukum Allah.
Alternatifnya, masyarakat Islam mesti memastikan peraturan dan tindakan ketua dan kawan bukan Islam mereka adalah berlandaskan kehendak Islam atau sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan Islam.


0808101231


KELAS DEWASA 080811


Ubudiah 0808112020

Di bincangkan dua hadith Nabi Muhammad SAW.

1. Sembahyang sunat yang kita lakukan akan menampong segala kekurangan pada sembahyang wajib kita. Ada kalanya sembahyang wajib kita tak sempurna dan sembahyang sunat inilah yang akan menampong kekurangan tersebut.

Begitu juga puasa sunat akan menampong puasa wajib. Juga zakat dan haji. Yang sunat akan menampong kekurangan yang ada pada yang wajib.

Jadi banyakkanlah yang sunat.

2. Rabiah bin Malik ditanya oleh Nabi Muhammad SAW supaya meminta sesuatu. Yang diminta oleh Rabiah ialah supaya dia (Rabiah) mengiringi Nabi di akhirat nanti. Ditanya kali kedua Rabiah memberi jawapan yang sama i.i. hendak mengiringi Nabi di akhirat.

Kalau bagitu Nabi bersabda supaya Rabiah “banyakkan sujud” yaitu, banyakkan sembahyang sunat.


Terdapat banyak sembahyang sunat. Yang patut kita tak tinggal ialah sembahyang sunat yang mengiringi waktu .i.i sunat rawatib, sembahyang sunat dhuha, sembahyang sunat witir dan sembahyang sunat tahajjut. Ditambahkan lain-lain sembahyang sunat yang kita akan kesal nanti jika tak dibuat.

UYA/MUA/ALAMS080811