99. Az-Zalzalah
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya.
2. Berkatalah manusia dengan perasaan gerunnya: “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
3. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya berlaku demikian.
4. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing-masing untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amal mereka.
5. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah pun, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!
6. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah pun, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!
Tags: Az-Zalzalah, Madinah